Tuesday 8 March 2011

Perempuan tak reti masak??

merujuk kepada link salahkah wanita tak tahu memasak di iluvislam.com ni, saya tergerak untuk memberi sedikit pandangan tentang isu yang sebegini.

Memang tak dinafikan bahawa lelaki pada zaman sekarang ini sudah semakin hebat dalam masakan namun sebenarnya air tangan seorang lelaki sangat berlainan berbanding wanita. Apa yang sebenarnya saya ingin sampaikan disini adalah memang akan menjadi satu masalah jika perempuan yang bergelar ibu tidak tahu memasak.

Menurut seorang ahli psikologi, kasih sayang seorang ibu adalah amat penting bagi anak-anak mereka. Kasih sayang ini termasuklah air tangan mereka yang bersusah payah menyediakan makanan untuk anak-anak mereka. Kasih sayang dari ibu amat penting untuk membentuk seorang anak yang soleh. Ini kerana sudah tentu makanan yang disediakan oleh ibu sendiri adalah lebih bersih dan terjamin berbanding makanan-makanan yang terdapat diluar. Tidak hairanlah ramai anak-anak muda pada masa sekarang ini sudah hilang rasa hormatnya pada ibu dan bapa mereka disebabkan oleh satu benda yang dipandang remeh oleh semua orang.

              Kadangkala, ada lelaki yang suka menyakat perempuan “kau da la xreti masak…siapa la ek nak kahwin ngn ko…”. Mungkin bagi perempuan adalah satu penghinaan bagi mereka namun jika kita positifkan apa yang mereka ingin sampaikan, rasanya takde masalah. Sebagai contoh, anggaplah mereka sedang mencabar kita ( bukan aku…(-_-”)) dan kita amik kata-kata diorang itu sebagai satu semangat untuk belajar memasak. Dengan itu, kita dapatkan buktikan pada mereka yang perempuan sebenarnya lebih hebat dari lelaki dan secara tak langsung kita pun dapat belajar memasak.

              Maka, kepada wanita-wanita diluar sana, mulalah belajar memasak mulai sekarang. Bagi wanita yang bekerja, janganlah terlalu tumpukan sangat terhadap pekerjaan kamu itu, ingatlah kembali apakah tugas sebenar wanita di muka bumi ALLAH ini.
             
              Wallahualam~

4 comments:

  1. haha, yup aku stuju jugak pdpat ko..mmg air tangan ibu sdiri lbih bmakna buat anak2..& sbenarnya xsalah bg pmpn yg xtau msak, sbb nnt slps kahwin, automatik rsa tgjwab utk myediakan juadah buat suami & anak2 akan timbul juga. & automatik akan mcari resepi2 baru utk belajar & dicuba..hehe

    btw, ko pun blaja la msak jugak, bleh tlg2 istri kat dapur nnt..dpat phala lebih..hehe

    ReplyDelete
  2. haha...wallahualam...suami isteri punya cerita lama ag...haha

    ReplyDelete
  3. miera pn x reti masak..reti la tapi x sdap sgt cam mak kita masak..hahah..kecik lg la.. (prasan sudah)

    ReplyDelete