Monday 4 January 2010

1 Minit: Harimau, tali, buaya, tikus dan madu... ( 反省しましょう~ )

Ada seorang hamba Allah ni, dia pergilah
bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu,
tiba-tiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng!...
bunyi....aauuummmmm!!!!!
Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu
kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni.


Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah
takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia
diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya.
Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun
terjunlah ke dalam perigi.


Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada
tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan ditengah-tengah
perigi.
Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni
pun
berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada
Allah
agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba
dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!... Ya Allah.....
lagilah seram dibuatnya.
Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah
nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni.
Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah
berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari
lubang
celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut.


Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak.
Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... cam ner ni.
Pastu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali
tadi,cit!cit!
cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu.
"Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni....habislah jadi mangsa
buaya" fikirnya lagi. "Kalau naik kat atas makan dek harimau.
Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana
nih "... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya,
tetiba....
terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... bunyi lebah bawa madu. 


Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit,melihat lebah yg sedang bawa madu.
Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba
Allah
ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata,
"Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni.
Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni."
Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang
menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.


Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua.
Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar
kita,
so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar dan
Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat si hamba bergayut
tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka pendeklah umur
kita dan kalau panjang talinya maka panjanglah umur kita.


Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang
sentiasa menghakis umur kita.Kan tikus tu gigit tali tu.


Madu...,
madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat
dunia.
Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia lupa pada
harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada
Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah.


Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat."
(Riwayat Bukhari)