Sunday, 5 June 2011

“Adakah aku terlalu matang berbanding usiaku?”


Soalan seperti ini seringkali aku tanyakan pada diriku sendiri. Adakah aku terlalu matang berbanding usiaku yang baru sahaja berusia setahun jagung ini. Adakah pemikiran aku terlalu jauh sehinggakan dianggap tidak masuk akal oleh orang lain? Atau adakah aku sering bertindak seperti orang yang serba tahu dimata orang lain? Bagaimanakah aku ingin menjadi diriku sendiri sedangkan kawan-kawanku yang lain meskipun mereka sedar tentang erti kedewasaan namun mereka masih menyembunyikannya dengan sifat dan sikap kebudak-budakan. Adakah aku bersalah dalam hal sebegini? Marilah kita renungkan sejenak.

Ketika aku berada di tingkatan 1, aku seringkali memandang seseorang yang berumur 17 tahun itu sebagai seorang yang sangat matang, mempunyai daya pemikiran yang sangat baik pada umur yang sebegitu. Manakan tidaknya, mereka boleh menentukan yang mana baik dan yang buruk dengan sempurna, mana yang patut lakukan mana yang tidak seperti seorang yang sangat dewasa. Dan ketika itu, aku mulai berfikir dimana suatu hari nanti pasti kami ( yang pada ketika itu berusia 13 tahun ) akan membesar menjadi seseorang seperti mereka.

Sejak detik itu, aku cuba memerhati dan mempelajari setiap tingkah laku mereka dari yang baik sehinggalah yang buruk. Mengapa dan kenapa mereka lakukan, sering aku jadikan mainan dalam mindaku ini. Adakalanya aku rasa kelakar dengan tingkah laku mereka seolah-olah mereka sudah besar dan bersikap sangat pelik bagi diriku sehinggakan aku menyerah untuk memahami perangai mereka. Walaubagaimanapun, cara mereka bertindak dalam melakukan sesuatu amat aku kagumi.

Hari demi hari, aku mulai mengenali dunia meskipun aku tinggal di asrama, aku juga dapat mempelajari apa dan bagaimana sebuah masyarakat yang berlainan keluarga hidup bersama. Hampir setiap hari aku hanya bersama senior-seniorku, meskipun aku terasa bagaikan seorang penyibuk ataupun menjaga tepi kain orang lain namun mereka tetap melayani aku sebagai seorang adik yang mempunyai perasaan ingin tahu sahaja.

Hingga ada suatu hari, buat pertama kalinya, aku ditanya oleh seorang senior yang ketika itu masih berumur 16 tahun dimana dia ingin menjadikan aku sebagai seorang adik angkatnya. Alangkah gembiranya aku diketika itu, kerana aku sendiri tidak pernah mempunyai seorang abang. Walaupun pada ketika itu, aku kurang pasti apakah niatnya itu, dan mengapakah dia memilih aku sebagai seorang adiknya, namun aku tetap bersetuju walaupun dia akan berpindah ke sekolah lain. Sungguh aku kagumi apa yang dia lakukan ketika itu, walaupun dia masih berumur 16 tahun sahaja pada ketika itu, dimana jika ingin dibandingkan dengan kanak-kanak yang berumur 16 tahun sekarang, terserlah jurang perbezaannya.

Bagaikan mimpi, bukan dia seorang sahaja yang menerima aku sebagai seorang adik, bahkan ada pula seorang akak dan abang yang lain melayan aku seperti adiknya sendiri. Meskipun “buli” merupakan perbuatan biasa dalam kehidupan di asrama namun aku tak pernah untuk merasakan sesuatu beban pada diriku. Bagiku normallah jika seorang abang ingin meminta bantuan dari adik-adiknya bukan? Namun jika ingin dibandingkan dengan asrama sekarang, sungguh jauh maksud perkataan “buli” itu. Ia seperti satu hukuman kepada junior-junior sedangkan asrama sepatutnya menjadi sebuah institusi yang mendidik apa itu erti berdikari dan hubungan adik-beradik.

Dan di asrama jugalah, aku mula memanggil senior-seniorku “abang” dan “kakak” walaupun ada sesetengah orang mengatakan hormat bukan semestinya pada panggilan. Memang tak dinafikan bahawa panggilan ini amatlah poyo pada zaman sekarang ini dan seolah-olah dianggap pelik oleh kebanyakan orang namun jika dilihat pada zamanku bersekolah di asrama dulu, ia merupakan sebuah cara untuk menghormati orang lain. Yelah, manakan tidaknya, jika kita setiap hari dipanggil “abang” ataupun “kakak”, adakah kita terasa bangga dengan panggilan tersebut? Sudah tentu tidak! Secara tidak langsung, panggilan itu akan mewujudkan rasa tanggungjawab sebagai seorang “abang” atau “kakak” terhadap adik-adiknya yang memanggil gelaran tersebut, dan secara tidak langsung juga, sebuah institusi kekeluargaan akan wujud dan perkataan “buli” tidak akan terpampang didada akhbar lagi.

Dan secara tidak langsung juga, panggilan ini lebih mesra berbanding memanggil nama gelaran yang entah apa-apa bukan? Kebarangkalian ada orang berkata, “ yelah, mungkin jika setakat perbezaan umur setahun sahaja, takkanlah nak panggil “abang” atau “kakak” kot”, tapi jika dipandang dari aspek positifnya, ia tidak merugikan apa-apa pun. Bahkan seperti apa yang aku katakana tadi, ia pasti akan meningkatkan kualiti sesebuah perhubungan tersebut.

Dan pada ketika itu juga, aku mula menyertai Pengakap atas dasar ingin menambah kenalan dan pengetahuan dalam bidang berdikari ini. Bagiku Pengakap merupakan sebuah sekolah untuk mempelajari pelbagai ilmu tentang kehidupan. Pengakap bukanlah seperti apa yang disangka oleh ramai pihak dimana Pengakap hanyalah sebuah pertubuhan yang ditubuhkan di sekolah semata-mata untuk mengumpul markah ko-kurikulum sahaja. Bukan setakat berkawad disekolah sahaja, malahan pelbagai aktiviti yang mampu mendewasakan kita.

Di dalam Pengakap juga, mereka banyak mengajar tentang jati diri kita. Dari undang-undang Pengakap sehinggalah modul-modul lencana yang ada, banyak input-input yang sangat berguna jika diterapkan dalam kehidupan seharian kita. Walaupun kita dicampak kemana jua di pelosok dunia ini, Insya-Allah dengan ilmu Pengakap yang ada ini, kita mampu menyesuaikan diri.

Tahun demi tahun, aku belajar banyak perkara demi merealisasikan impianku untuk menjadi seseorang yang matang seperti seniorku pada usia 17 tahun. Namun begitu, diketika aku rancak untuk mengejar impianku, persekitaranku bagaikan tidak mendorongku untuk berjaya. Melihatkan rakan-rakan yang sebaya denganku, kelihatan sungguh jauh jurang perbezaannya. Kadangkala aku tergelak sendirian melihatkan sikap mereka yang masih kebudak-budakan meskipun sudah berumur 17 tahun. Kadangkala pernah aku terfikir, apakah aku perlu melakukan sesuatu untuk menyedarkan mereka? Ataupun biarkan mereka sendirian terumbang-ambing untuk mencari erti kedewasaan itu sendiri? Bukan mudah untuk menentukan sesuatu meskipun kita telah pun dewasa.

Amatlah sukar bagiku untuk mencari jalan keluar dalam permasalahan sebegini. Meskipun aku mengaplikasikan nilai-nilai kedewasaan dalam kehidupanku, pasti ada pihak yang tidak mampu menerimanya. Bak kata cikguku, mereka semua cemburu dengan diriku kerana mampu melakukan sesuatu perkara yang baik sehinggakan mereka berhasad dengki dengan diriku. Adakah benar sedemikian? Tidakku sangka sungguh rendah cara mereka berfikir. Manakan tidaknya, walaupun sudah berusia 18 tahun, perasaan cemburu pada kejayaan orang lain, patutkah ada dalam diri kita ini? Jika patut, memang anda masih belum matang lagi.

Kadangkala aku terfikir, “Salahkah aku jika aku menasihati kamu dengan cara kebudak-budakan melihatkan kamu itu seperti seorang budak-budak yang hilang arah tujuan masih belum membuka matanya lagi? Ataupun kamu ingin aku nasihatkan kamu seperti seorang yang betul-betul matang sedangkan kau mengganggap aku seorang yang poyo? Ataupun harusakah aku tinggalkan kamu dalam sikap sebegitu sehingga aku dianggap sombong? Ataupun kau ingin aku hilang dari hidup kamu kerana aku telah banyak menyusahkan hidup kamu selama ini?” Sungguh banyak persoalan yang bermain dimindaku ketika aku ingin cuba menasihati seseorang.

Kadangkala pernah juga aku terfikir, adakah aku terlalu sangat mengejar kematangan diri sehinggakan aku menggabaikan banyak perkara? Ataupun aku terlalu inginkan kesempurnaan dalam kehidupan sehinggakan aku sering dipandang terlalu mementingkan diri sendiri? Oh, mungkin aku terlalu mementingkan diri sendiri dan mengganggap diri aku seorang yang hebat dan mampu mengubah orang lain sesuka hati. Kalau begitu, baiklah. Kau buktikanlah yang kau boleh berfikiran matang dan dapat membezakan antara baik dan buruk secara sempurna serta tidak bersikap kebudak-budakan. Buktikan padaku juga yang kamu mampu mengawal sebuah kumpulan dengan suara kamu. Dan buktikan juga kamu mampu mendirikan sebuah khemah bersendiran tanpa bantuan orang lain dan tinggal didalam hutan selama berminggu-minggu. Mampukah kamu buktikannya? Jika kamu mampu itu bermakna kamu telah menjadi seseorang yang boleh berdikari, mampu membezakan yang mana baik ataupun buruk secara sempurna serta mampu menjadi seorang dewasa. Jika tidak, kamu tidak layak untuk mengatakan tentang keburukan orang lain dan mengganggap diri kamu sebagai seorang yang telah dewasa.

Aku bukan ingin mengatakan bahawa diriku mampu melakukan segala-segalanya. Cuma kadangkala ada perkara yang kita kena buktikan pada diri kita yang kita mampu lakukan segalanya. Ubahlah pemikiran kita, dan sedarlah bahawa kita harus berfikiran matang dalam setiap aspek, perkara yang kita lakukan. Ambil iktibar dan pedoman dengan apa yang berlaku disekeliling kita. Jika kita tidak mampu ubah diri kita, jangan mimpi orang lain akan tolong diri kita. Jangan bila sudah mencecah umur berpuluhan nanti baru nak terngadah. Ambillah nilai-nilai murni orang-orang yang lebih tua dari kita. Usah tunggu masa untuk mematangkan kita, kita sendiri harus berubah dari dalam hati kita.

Bukan mudah untuk menjadi seseorang di muka bumi Allah ini, dengan hanya berbekal pemikiran yang sempit. Dan bukan mudah juga untuk menjadi seseorang berjaya dalam hidup kita dan hidup orang lain. Pandanglah ke luar sana, lihatlah pemimpin kita pada zaman kini yang tamak dan rakus mengejar nama, meninggalkan apa yang diwajibkan, apa yang dipertanggungjawabkan padanya. Siapakah yang akan menjawab persoalan itu di akhirat kelak? Usah berdalih dengan mengatakan itu bukan kerja kita. Usah berdalih kita tiada hak dalam perkara tersebut. Berhentilah dari mengatakan sesuatu yang tidak berguna. Bukalah minda dan hati kita, ubah pemikiran kita, bentuk dan lalulah jalan yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah. Semoga kita mendapat Rahmat dari-Nya, Insya-Allah.

Tuesday, 8 March 2011

Perempuan tak reti masak??

merujuk kepada link salahkah wanita tak tahu memasak di iluvislam.com ni, saya tergerak untuk memberi sedikit pandangan tentang isu yang sebegini.

Memang tak dinafikan bahawa lelaki pada zaman sekarang ini sudah semakin hebat dalam masakan namun sebenarnya air tangan seorang lelaki sangat berlainan berbanding wanita. Apa yang sebenarnya saya ingin sampaikan disini adalah memang akan menjadi satu masalah jika perempuan yang bergelar ibu tidak tahu memasak.

Menurut seorang ahli psikologi, kasih sayang seorang ibu adalah amat penting bagi anak-anak mereka. Kasih sayang ini termasuklah air tangan mereka yang bersusah payah menyediakan makanan untuk anak-anak mereka. Kasih sayang dari ibu amat penting untuk membentuk seorang anak yang soleh. Ini kerana sudah tentu makanan yang disediakan oleh ibu sendiri adalah lebih bersih dan terjamin berbanding makanan-makanan yang terdapat diluar. Tidak hairanlah ramai anak-anak muda pada masa sekarang ini sudah hilang rasa hormatnya pada ibu dan bapa mereka disebabkan oleh satu benda yang dipandang remeh oleh semua orang.

              Kadangkala, ada lelaki yang suka menyakat perempuan “kau da la xreti masak…siapa la ek nak kahwin ngn ko…”. Mungkin bagi perempuan adalah satu penghinaan bagi mereka namun jika kita positifkan apa yang mereka ingin sampaikan, rasanya takde masalah. Sebagai contoh, anggaplah mereka sedang mencabar kita ( bukan aku…(-_-”)) dan kita amik kata-kata diorang itu sebagai satu semangat untuk belajar memasak. Dengan itu, kita dapatkan buktikan pada mereka yang perempuan sebenarnya lebih hebat dari lelaki dan secara tak langsung kita pun dapat belajar memasak.

              Maka, kepada wanita-wanita diluar sana, mulalah belajar memasak mulai sekarang. Bagi wanita yang bekerja, janganlah terlalu tumpukan sangat terhadap pekerjaan kamu itu, ingatlah kembali apakah tugas sebenar wanita di muka bumi ALLAH ini.
             
              Wallahualam~

Saturday, 5 March 2011

Nak solat ke nak tutup aurat?


Nak dipandang jelek mata memandang, nak ditegur imanku masih kabur. Itulah yang aku dapatkan gambarkan tentang masyarakat sekarang ini. Bukan hendak mengaku diri aku ni alim tp sebagai tanggungjawab kita sebagai salah seorang Khalifah di muka bumi Allah Azza wa Jalla.
 
apa beza antara orang solat tp xtutup aurat dengan orang xsolat tp tutup aurat?

Agak-agak kan...ada beza ke sume ni...rasanya xde...kebanyakan orang akan menganggap bahawa "ala, kalau dia da sembahyang tu da kira cukup baik da...apa la nak kecoh-kecoh sangat..". Bukan masalah kita nak kecoh atau tak. Tapi hukum tetap hukum. 

Cuba kita fikirkan dalam-dalam. Kalau kita buat soalan math kan,  X - Y = Z < 0, (Y = X or Y > X ) > 0 * , maka jawapannya tetap negatif. Tinggi mana nilai X pun, kalau Y tu ada maka takkan positif la jawapannya.

           Dengan erti kata lain, kita anggap X tu sebagai amalan dan ibadat kita pada Allah S.W.T, manakala Y tu pula dosa-dosa yang kita lakukan. Tak kira la betapa tekun kita beramal, tp kalau nilai Y tu ada, maka sia-sialah amalan.

           Sebagai contoh yang mudah, kalau kita menabung setiap hari 20 sen, agak-agak sebulan da dapat berapa?. Macam tulah juga dosa. Kecil mana pun dosa yang kita buat, ia akan tetap jadi besar nanti.

           Kesimpulannya, sebagai khalifah Allah S.W.T di dunia ini, kita memang takkan terlepas dari melakukan dosa-dosa kecil. Walaubagaimanapun, Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengampun, kita diberi peluang untuk menghapuskan dosa-dosa kecil itu dengan doa dan amalan kita. Yang penting, kita mesti elakkan dari melakukannya semula.

           Wallahualam.


p/s: *aku tak tau la napa blog ni sengal sangat, aku nak X lebih besar atau sama dengan Y,  tapi dia xnk kuar...huhu..bagi yang xpaham equation math tu...cubalah masuk kan nombor-nombor tertentu ea...hahaha =)

Friday, 4 March 2011

Bila Al-Quran mula Berbicara... ( 反省しましょう~ )

Sewaktu engkau masih kanak-kanak
Engkau laksana kawan sejatiku 
Dengan wudu', Aku kau sentuh
Dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku kau junjung dan aku kau pelajari
Dengan suara lirih aku engkau baca setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra


Sekarang engkau telah dewasa.....
Nampaknya kau sudah tidak berminat lagi padaKu...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang hanya tinggalan sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai penghias stormu.


Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat tangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dahulukala...setiap pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa
halaman.
janganlah Aku engkau lupakan....
Di waktu petang pula, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....


Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...


Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka
surah2ku (Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stesyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.


Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku


Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran televisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama




Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu


Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t


Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu


Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.


Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...


Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....