Sunday 4 April 2010

Jenis Darah Refleksi Peribadi.. ( 知っている? )

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya?

DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu
dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

Friday 5 March 2010

Buat renungan bersama.. ( 反省しましょう~ )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :


1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat aku memberimu syafaat untukmu di hari akhirat nanti,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah.


Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"


Rasulullah tersenyum dan bersabda : "Sebelum engkau hendak tidur bacalah: Al Ikhlas tiga kali. Amalan ini adalah seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.


Bacalah selawat ke atasKu, maka aku akan memberi syafaat untukmu dihari akhirat kelak.


Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu. "Astaghfirullahalazim li wali waa lidaiya wali jami il muslimina wal muslimat wal mukminina wal mukminat al ahya immin hum wal amwat " Ampunilah aku ya Allah yang maha besar, kedua ibubapaku, semua muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat yang masih hidup dan yang telah mati."


Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"


Kalau larat amalkan sekurang-kurangnya tiga kali. Selepas itu bacalah bismillahirahmanirahim sebanyak 21 kali. Seterusnya bacalah doa sebelum tidur.


Adapun amalan rasulullah sebelum tidur itu membaca surah Assajadah dan Al Mulk sebelum tidur. Mengamalkan membaca suratul Mulk sebelum tidur akan membuat kubur kita, tempat semadi sementara menunggu akhirat, suatu tempat yang sejahtera dan terang-benderang.


Sebagai suatu perlindungan eloklah kita amalkan membaca Ayatul Kursi dan 4 Qul semoga kita di jauhi dari gangguan manusia dan jin sewaktu kita tidur.


Sekian untuk ingatan kita bersama.


Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat."
(Riwayat Bukhari)

Monday 4 January 2010

1 Minit: Harimau, tali, buaya, tikus dan madu... ( 反省しましょう~ )

Ada seorang hamba Allah ni, dia pergilah
bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu,
tiba-tiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng!...
bunyi....aauuummmmm!!!!!
Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu
kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni.


Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah
takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia
diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya.
Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun
terjunlah ke dalam perigi.


Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada
tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan ditengah-tengah
perigi.
Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni
pun
berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada
Allah
agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba
dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!... Ya Allah.....
lagilah seram dibuatnya.
Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah
nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni.
Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah
berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari
lubang
celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut.


Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak.
Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... cam ner ni.
Pastu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali
tadi,cit!cit!
cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu.
"Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni....habislah jadi mangsa
buaya" fikirnya lagi. "Kalau naik kat atas makan dek harimau.
Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana
nih "... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya,
tetiba....
terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... bunyi lebah bawa madu. 


Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit,melihat lebah yg sedang bawa madu.
Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba
Allah
ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata,
"Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni.
Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni."
Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang
menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.


Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua.
Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar
kita,
so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar dan
Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat si hamba bergayut
tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka pendeklah umur
kita dan kalau panjang talinya maka panjanglah umur kita.


Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang
sentiasa menghakis umur kita.Kan tikus tu gigit tali tu.


Madu...,
madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat
dunia.
Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia lupa pada
harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada
Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah.


Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat."
(Riwayat Bukhari)